Tuesday, January 26, 2010

Saturday, January 23, 2010

SUMBER DI MALAYSIA

SUMBER terbahagi dua:

a)Sumber boleh diperbaharui - sumber yang tidak terhad dan boleh digunakan berterusan.
-hutan
-angin
-air
-solar



AIR
Sumber tidak boleh diperbaharui-sumber ini semakin kurang dan akan kehabisan suatu hari nanti.
Sumber tidak boleh diperbaharui terbahagi dua iaitu logam dan bukan logam
LOGAM

a) bijih besi

b) bijih timah

c) emas


d) kuprum


BUKAN LOGAM
a)arang batu


b) gas asli

Tuesday, January 19, 2010

KEPENTINGAN PINGGIR LAUT


PANTAI - tempat percutian
- berkelah / berkhemah
- pelancongan
- contoh pantai : Pantai Cahaya Bulan (Kelantan)
Pantai Port Dickson (N.Sembilan)
Pantai Santubong (Sarawak)



TELUK - pelabuhan perikanan
- pelancongan
- contoh teluk : Teluk Ramunia (Johor)-bauksit
Teluk Darvel (Sabah)
Teluk Kimanis(Sabah)



PAYA - pokok bakau
- kayu bakau sebagai sumber kayu api dan kayu arang
- habitat hidupan laut seperti ikan,udang dan ketam
- muara sungai cetek membentuk delta
- contoh paya yang luas : Kuala Sungai Perak
Sungai Selangor



PULAU - pelabuhan
- pusat pelancongan
- pusat perikanan
- contoh pulau : Pulau Pinang,Pulau Pangkor

Sunday, January 17, 2010

PINGGIR LAUT


Kawasan pinggir laut Malaysia mempunyai pelbagai rupa bentuk muka bumi yang indah dan menarik. Antaranya ialah :

a) Pantai ialah kawasan yang ditimbuni pasir akibat tindakan ombak.
b) Tebing tinggi - tebing batu batan bercerun curam dan batuan keras
c) Tanjung - Dataran yang menganjur ke lautan
d) Teluk - Tempat air antara dua tanjung menganjur ke darat dan tiada tiupan angin
dan ombak
e) Pulau - sebuah daratan yang dikelilingi laut
f) Paya- kawasan yang berair di pinggir laut diliputi pokok bakau

g) Beting pasir -terbentuk di pinggir pantai apabila longgokan pasir yang dimendap oleh ombak dari daratan oleh alur-alur air

Saturday, January 16, 2010

POTENSI BENTUK MUKA BUMI DI MALAYSIA

1. KAWASAN TANAH TINGGI



Di Semenanjung Malaysia terdapat serangkaian banjaran yang dikenali sebagai Tanah Tinggi Tengah.Kumpulan banjaran ini menganjur dari sempadan negara Thai di utara sehingga ke Johor di selatan.
Banjaran gunung yang menganjur dari utara-selatan di Semenanjung Malaysia termasuk:
a) Banjaran Titiwangsa
b) Banjaran Bintang
c) Banjaran Kledang
d) Banjaran Tahan
e) Banjaran Nakawan
f) Banjaran Kedah-Singgora
g) Banjaran Pantai Timur




KAWASAN TANAH TINGGI ini terbahagi kepada dua iaitu gunung lipat muda dan gunung lipat tua.

2. TANAH PAMAH

Jenis -jenis tanah pamah ialah :
a)Dataran
b)Lembah
c)Lembangan
d)Delta

3.PINGGIR LAUT
Jenis -jenis pinggir laut ialah :
a)Tebing tinggi
b)Tanjung( anak tanjung-tetanjung)
c)Teluk
d)Gerbang laut
e)Batu tunggul
f)Batu sisa
g)Pantai
h)Pulau
i)Pentas benua
j)Gua

BANJARAN GUNUNG


Banjaran gunung di Malaysia terdiri daripada gunung lipat tua yang tidak begitu tinggi kerana telah digondolkan oleh peredaran masa.
Banjaran gunung di Semenanjung Malaysia terdiri daripada batuan granit dan batu kapur.

Sebahagian besar Malaysia adalah bergunung-ganang .Lebih 60 % daripada bentuk muka bumi Malaysia terdiri daripada banjaran gunung dan bukit yang melebihi 200 meter dari aras laut.

GEMPA BUMI


Gempa bumi kuat telah melanda negara miskin Haiti di kawasan Karibia.Gempa bumi tersebut berukuran 7.3 pada skala richter telah menyebabkan tsunami di beberapa bahagian negara itu.


Rakyat Malaysia sememangnya bersimpati dengan nasib yang diterima oleh mereka.Sama -samalah kita berdoa agar mereka tabah menghadapi cabaran ini.


Bagi pelancong, Haiti merupakan antara negara Amerika Latin yang sering menjadi pilihan.Deretan pulau yang indah,kehidupan penduduknya serba sederhana serta pantai yang memukau, mendorong perkembangan pesat Haiti sebagai pusat pelancongan terkemuka dunia.
Namun semua keindahan itu musnah sekelip mata.Tragedi gempa bumi 12 Januari 2010 lalu melanda tanpa diundang meninggalkan kesan pilu dan trauma kepada penduduk di situ.
Seharusnya kita bersyukur dengan kurniaanNYA dan menghargai setiap pemberian yang ada di muka bumi ini.